PROFIL

MAKLUMAT SEKOLAH

  • NAMA RASMI SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 7 SHAH ALAM

  • KOD SEKOLAH : BBA8272

  • NO TELEFON/FAKS : 03-5512 5531/03-5512 5534

  • JENIS SEKOLAH : SK BANTUAN KERAJAAN

  • PERINGKAT : SEKOLAH RENDAH DAN PRASEKOLAH

  • DAERAH : PETALING PERDANA

  • JUMLAH GURU : 89 ORANG

  • JUMLAH KAKITANGAN : 8 ORANG

  • JUMLAH MURID : 1697

  • LUAS KAWASAN SEKOLAH : 10 EKAR (4.05 HEKTAR)

  • E-MAIL RASMI : bba8272@moe.edu.my

SK Seksyen 7 Shah Alam terletak dikawasan yang paling pesat membangun di Shah Alam. Kawasan yang menempatkan pusat pendidikan seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Selangor, Hospital Shah Alam, Pusat Komersial Seksyen 7, Masjid Seksyen 7 dan Sentral I-City, kawasan perindustrian Bukit Raja Selatan yang menempatkan Pharmaniaga Sdn Bhd dan Tamco Switchgear(M) Sdn Bhd. Faktor ini menjadikan sekolah ini menjadi tumpuan dan sentiasa berada didalam peta penduduk Shah Alam. Setelah hampir 20 tahun memberi khidmat kepada warga seksyen 7, sekolah ini terus komited untuk menghadapi cabaran yang mendatang.

Kini, sekolah menempatkan lebih 1600 orang murid dan lebih 90 orang kakitangan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan sosio ekonomi keluarga. Walaupun majoriti pelajar adalah berbangsa Melayu Islam, namun khidmat pendidikan diberikan tanpa membezakan individu, baik daripada aspek fizikal atau mental seseorang. Harapan tinggi menunjangi kekuatan aspirasi satu bangsa bagi melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.


Diantara kemudahan asas yang disediakan di sekolah :

  • Makmal Komputer

    • 80 unit Chromebook untuk kegunaan murid.

    • Capaian internet yang dibekalkan ( Unifi)

  • Bengkel Reka Bentuk dan Teknologi ( dulunya Kemahiran Hidup)

  • Bilik Muzik dengan kemudahan alat-alat muzik.

  • Makmal Sains

  • Bilik Persalinan dan Bilik Mandi.

  • Unit Bimbingan dan Kaunseling

  • Bilik Kesihatan ( Bilik rehat sementara untuk masalah kesihatan yang ringan)

VISI SEKOLAH

Memberikan Pendidikan Terbaik Kepada Semua Murid Bagi Melahirkan Modal Insan Yang Berkualiti Melalui Pendekatan Bersepadu Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MISI SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam Antara 15 Buah Sekolah Cemerlang Di Daerah Petaling Perdana Menjelang 2025.

MOTTO SEKOLAH

“ILMU TERAS KECEMERLANGAN”