LOGO SEKOLAH

  • Elemen yang digunakan disini adalah lambang Bintang Kebangsaan Negara yang berwarna kuning memberi makna kedaulatan dan simbol kesucian negara kita dalam berasaskan agama Islam sebagai agama rasmi negara.

  • 7 mercu yang berwarna putih melambangkan kesucian negara, dalam menyokong wawasan dan melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang.

  • Pelindung yang berwarna biru tua melambangkan ilmu. Ilmu merupakan perkara penting dalam hidup manusia untuk menwujudkan masyarakat yang bertamadun dan harmoni.

  • Kubah yang berwarna biru muda memberi maksud ilmu yang disalurkan kepada murid-murid secara sistematik dan teratur dalam mewujudkan pemimpin masa hadapan.