Inisiatif Pembudayaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pembelajaran Abad Ke-21 diwujudkan bagi memantapkan keupayaan murid untuk mengaplikasikan pengetahuan dan KBAT dalam menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi serta mencipta sesuatu. Inisiatif ini juga berhasrat untuk memantapkan kompetensi guru dan pentadbir sekolah serta memperkasakan JPN dan PPD dalam pembudayaan KBAT melalui pelestarian keupayaan tadbir urus kendiri.
Pembudayaan KBAT berfokus kepada usaha dalam meningkatkan kompetensi guru agar mencapai tahap cemerlang dalam PdP berasaskan KBAT serta meningkatkan penguasaan murid dalam literasi Sains, Matematik, Bacaan dan Kewangan seiring dengan kehendak global. Segala usaha ini adalah untuk memastikan kedudukan negara meningkat dalam pentaksiran antarabangsa.