SEJARAH SEKOLAH

SK Seksyen 7 Shah Alam dibina bagi memenuhi keperluan penduduk Seksyen 7 dan juga kawasan sekitarnya. Kebanyakkan keluarga pelajar sekolah ini merupakan pekerja sektor industri, kakitangan universiti dan pegawai kerajaan dari pelbagai sektor.

Sejarah Awal Bandar Seksyen 7

Pada asalnya, tapak sekolah ini dan hampir keseluruhan kawasan seksyen 7 adalah kawasan ladang sawit dan getah yang dikenali sebagai Midlands Estates. Ladang Midland Estates ini dibuka pada tahun 1889 dan merupakan ladang getah terawal di negeri Selangor. Ladang ini asalnya dimiliki oleh syarikat British, Highlands & Lowlands Berhad yang kemudiannya dikenali sebagai Guthrie Berhad.

Sumber(Malaysian Temples: The History of Shah Alam: The Midlands Estate's Sri Maha Mariamman Temple,(i City) Section 7,Shah Alam)

Dengan pembukaan bandar Shah Alam pada tahun 1963, banyak kawasan-kawasan ladang telah bertukar milik dan bertukar status kepada kawasan perumahan dan industri. Kawasan-kawasan di Shah Alam dibahagikan mengikut seksyen dan setiap seksyen dibangunkan secara berperingkat mengikut perancangan majlis perbandaran.  

Seksyen 7 terletak cuma 5km dari pusat bandar, bersebelahan dengan Universiti Teknologi Mara(UiTM), Lebuhraya Persekutuan dan bersempadan dengan Klang.  Kawasan ini merupakan lokasi yang sangat strategik untuk pembangunan perumahan, pusat komersial dan pusat industri. Pada tahun 90an, kawasan tanah ladang di seksyen 7 mula diambil alih oleh PNKS bagi tujuan pembangunan. Kawasan ini yang dahulunya merupakan tanah ladang mula bertukar rupa apabila semakin banyak perumahan dibina.

Pada tahun 1999 pula, Universiti Selangor (Unisel) dibuka di seksyen 7. Pada tahun yang sama, UiTM (dulunya ITM) dinaiktaraf kepada sebuah Universiti. Penaiktarafan ini  menjadikan bilangan pelajar dan kakitangan Uitm semakin bertambah. Disebabkan seksyen 7 merupakan kawasan yang baru dibuka dan terletak sangat hampir dengan pintu masuk UiTM, ia menjadi pilihan sebagai kawasan tempat tinggal warga UiTM. Sebelum ini, laluan masuk ke UiTM hanya di Seksyen 2 sahaja, menyedari kepentingan kawasan Seksyen 7 kepada warga UiTM, laluan masuk kedua di buka di Seksyen 7. Secara tidak langsung menjadikan populasi Seksyen 7 semakin meningkat di kalangan penuntut dan kakitangan UiTM. Dengan pertambahan kawasan perumahan yang semakin banyak dibina. Sebuah sekolah dibina bagi memenuhi keperluan keluarga penduduk disini.

Pemandangan Shah Alam dari udara. Didalam bulatan anggaran kawasan Seksyen 7
Pemandangan Shah Alam pada tahun 1986.  Anggaran kedudukan bandar seksyen 7 dalam bulatan
Pemandangan sekolah diambil sekitar tahun 2004.

Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam telah siap dibina pada tahun 2003 dan mula beroperasi pada Jun tahun 2003. Bangunan sekolah ini dibina dengan rupa kompleks moden terdiri daripada 4 blok yang termasuk sebuah surau dan kantin berasingan. Padang yang luas saujana mata memandang juga tersedia pada awal pembinaan sekolah ini. Sekolah yang dikenali sebagai SK Seksyen 7 ini terletak di Jalan Plumbum 7/100, terletak di tengah-tengah kawasan Seksyen 7 Shah Alam. Sekeliling kawasan sekolah ini adalah perumahan pangsapuri, teres, banglo, Bandar i-City, hospital, UiTM, UniSel dan pusat-pusat perniagaan yang terkenal di Shah Alam.

Menerajui tahun pertama pengoperasian, dengan jumlah murid seramai 180 dan 6 buah kelas sahaja. Manakala tenaga guru seramai 11 orang guru dan 2 orang anggota kakitangan sokongan. Tuan Haji Yunos bin Pipet ialah Guru Besar yang pertama SK Seksyen 7 pada Januari 2004..

Pada 13 April 2004 bersamaan 23 Safar 1425 Hijrah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 didaftarkan. Tertubuhnya PIBG tersebut, maka pengurusan sekolah ini bertambah lancar atas kerjasama yang dihulurkan oleh pihak ibubapa dan penjaga bersama-sama berganding bahu menjayakan kecemerlangan sekolah dari semasa ke semasa.

Seiring dengan kepesatan pembangunan di kawasan Seksyen 7 Shah Alam ini, sehingga 2011 sekolah ini mempunyai 45 kelas aliran perdana 4 kelas prasekolah yang menampung murid-murid seramai 1631 orang. Manakala bilangan guru bertambah menjadi 88 orang dengan 12 orang anggota kakitangan sokongan. Pada tahun 2019, sekolah ini mempunyai bilangan murid seramai 1562 orang, 39 buah kelas aliran perdana dan 4 buah kelas prasekolah.

Sekarang ini, sekolah mempunyai seramai 91 orang guru dan 10 orang anggota kakitangan sokongan. Bermula dengan ‘caretaker’ yang menerajui sekolah ini pada awal pembukaannya, En Lutfee Ismail bin Amir(PK Pentadbiran), sekolah ini terus menerima seramai 6 orang Guru Besar silih berganti. Terkini, SK Seksyen 7 Shah Alam diterajui oleh Guru Besar Encik Noor Hashimi bin Hasan


Pemandangan dataran terbuka sekolah. 2009

SEJARAH PERKHIDMATAN GURU BESAR

Tuan Hj Yunos bin PipetJan 2004 - Okt 2008
 Hjh Che Dah binti HusinOkt 2008 - 14 Feb 2012
Lutfee Ismail bin Amir  2012 -Mac 2014
Mohd Amin bin Hj Bahari 2014 - 2016
Zainuddin bin Abdul Halim 2016 - 2017
Maizatul Azura binti Mohd Noor2017 -2022