PIAGAM

PIAGAM SEKOLAH


Memastikan proses pengajaran dan pemudahcaraan berjalan mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan.

Memupuk nilai-nilai murni bagi melahirkan modal insan yang berilmu, beretika dan berjaya.

Menyediakan prasarana yang lengkap, selamat, bersih dan ceria.

Memantapkan hubungan kekeluargaan yang erat dalam kalangan pihak pengurusan, guru, staf sokongan dan murid untuk mewujudkan suasana yang harmoni.
Memiliki semangat integriti yang tinggi demi perkhidmatan yang cemerlang.

Memastikan ibubapa mendapat maklumat terkini tentang pencapaian pendidikan murid dan program sekolah.

Sentiasa memelihara hubungan mesra dengan ibu bapa bagi mewujudkan kerjasama dua hala yang baik dan berkesan untuk pendidikan anak mereka.

Memberi kerjasama erat kepada semua aktiviti kemasyarakatan. Berusaha melaksanakan segala arahan Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dengan efisien pada setiap masa.