KMR
TS25
TS25
PROJEK KEFAHAMAN MELALUI REKABENTUK TS25
PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan Program Strategik KPM untuk merangkai titik- titik (connecting the dots) bagi memastikan sistem pendidikan negara selaras dengan perkembangan abad ke 21. Fokus program TS25 adalah bagi menghasilkan kemenjadian murid secara holistik dan sekolah berkualiti. Bagi menjayakan hasrat tersebut, kepimpinan sekolah perlu memahami konsep TS 25 agar dapat mengerakkan secara maksimum komponen- komponen yang telah digariskan dalam kerangka TS 25.
Kefahaman Melalui Rekabentuk (KmR) memberi fokus kepada pemantapan pembelajaran bermakna dan pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Beberapa Panitia telah dipilih untuk sama-sama terlibat dalam program ini iaitu Panitia Pendidikan Seni dan Bahasa Melayu. TS25 merupakan satu usaha melahirkan modal insan unggul melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan , penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna. Pelaksanaan program ini disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan dan guru yang kompeten, beraspirasi tinggi serta komitmen yang padu.
Untuk menggilap potensi murid dan seterusnya memacu SK Seksyen 7 ke arah yang lebih cemerlang, projek Kefahaman Melalui Rekabentuk (KmR) akan dilaksanakan. Dalam nama lainnya, ‘Projek KmR’ ini dilaksanakan bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, penglibatan murid secara lebih aktif dan bermakna dengan disokong kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan. Selain itu, aspek guru berkualiti yang kompeten dan beraspirasi tinggi serta membina hubungan sekolah dan ibu bapa serta komuniti yang padu juga dapat dicapai. Murid-murid yang mengikuti projek ini diharap akan memiliki 6 aspirasi murid yang bakal menjadi rujukan kepada rakan – rakan yang lain..